Global Microbes Sdn Bhd
Latar Belakang
Global Microbes Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat bioteknologi pertanian yang telah ditubuhkan pada 3 September 2008 sebagai anak syarikat Global Forcast Sdn. Bhd.
Pengeluaran baja Subotani dihasilkan oleh kilang Subotani milik syarikat di Bandar Baru Sg. Buloh. Ia mula beroperasi pada 15hb November 2008.
Buat masa sekarang kapasiti pengeluaran adalah sebanyak, 3 tan metriks sehari. Pengeluaran dapat dipertingkatkan jika permintaan yang banyak diperolehi. Kapasiti penyimpan stok adalah dalam lingkungan 100 tan metriks. Kilang ini mampu meningkatkan pengeluaran jika ada peningkatan permintaan.
Ahli Lembaga Pengarah
Pengerusi Eksekutif
Dato’ Yusof Bin Salleh
Berkelulusan Sarjana Muda dengan kepujian Universiti Malaya, dan memperolehi ijazah Master dalam Public Policy & Admin di
University of Winsconsin, Amerika Syarikat.
Beliau juga memegang sijil Supply Materials Management dari institusi Crown Agent, United Kingdom dan pernah mengikuti
Program Pengurusan Lanjut di Australian Staff College dan Program Pembangunan Eksekutif di Korean Staff Colllege.
Beliau mempunyai 31 tahun pengalaman bekerja di bahagian pengurusan di Kementerian Pertahanan,
Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Utama. Beliau bersara di jawatan Timbalan KSU Kementerian Pertahanan, 2000.
Pengarah Urusan
Left. Kol.(B) Tuan Haji Safii Bin Mohammad
Berkelulusan Sarjana Muda Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Perniagaan (MBA) dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau merupakan Leftenan Kolonel bersara dan telah berkhidmat sepanjang 25 tahun.
dan pernah bertugas di bahagian Workshop & Human Resource Management.
Pengarah
Encik Baharuddin Bin Ismail
Berkelulusan Sarjana Muda Perniagaan Tani dari Universiti Putra Malaysia dan
Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Beliau juga pernah mengikuti kursus CSIRO di Canberra, Australia.
Pernah berkhidmat di beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti MARDI,
Jabatan Pertanian dan Bahagian Perancangan, Cawangan Tanah dan Analisa di Wisma Tani.
dan pernah bertugas Workshop & Human Resource Management
Pengarah
Encik Mohamad Said Bin Bakri
Berkelulusan Sarjana Muda Sains Kimia dari Universiti Malaya.
Beliau berpengalaman berkhidmat sebagai pegawai penyelidik bioteknologi di sektor swasta.